Malaysia Licensed Pawn Brokers

Kami adalah rangkaian

Pemegang Pajak Gadai Berlesen

di Kuala Lumpur dan Selangor, Malaysia

Bawa barang berharga anda dan dapatkan penilaian secara PERCUMA

Apa yang diterima oleh Kedai Pajak Gadai kami?

emas

Emas (24K, 23K, 22K, 18K , 9K, 999, 916, 835, 750, 585, 375, Suasa dan lain-lain.)

berlian

Berlian

jam tangan

Rolex, Patek Philippe, Richard Mille, Audemars Piguet, Omega, Tag Heuer, Cartier dan lain-lain.

beg

Beg Berjenama (Hermès, Chanel, Goyard, dan lain-lain.)

DAMANSARA UPTOWN DAN
JALAN IPOH SAHAJA

wain

Koleksi wain dan minuman keras berkualiti tinggi (BARU)

DAMANSARA UPTOWN DAN
JALAN IPOH SAHAJA

Bagaimana Proses Gadaian?

Barang berharga akan dinilai mengikut berat / kualiti barang / nilai pasaran.

Pelanggan diminta mengemukakan MyKad / pasport / lesen memandu / permit kerja ATAU kad yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Pelanggan akan diberikan tiket pajak dan akan menerima jumlah pinjaman.

Tiket pajak boleh diperbaharui atau ditebus dalam tempoh 6 bulan.

Soalan Lazim

Tidak melihat jawapan untuk soalan anda di bawah? Hantarkan e-mel kepada kami.

Barang-barang berharga anda akan dinilai oleh jurunilai yang terlatih dan jumlah gadaian akan ditawarkan berdasarkan kadar pasaran semasa. Kemukakan MyKad/Pasport sebaik sahaja anda bersetuju dengan nilai pajakan. Operator data kami akan merekodkan butir maklumat anda dan tiket pajak gadai yang tercatat butir-butir barang berharga dan jumlah pinjaman akan dikeluarkan. Pelanggan diminta untuk memeriksa segala maklumat adalah betul dan lengkap.

Semua individu yang berumur tidak kurang dari 18 tahun keatas dan mempunyai MyKad/Pasport yang sah.

  • Emas (24k, 23k, 22k, 18k, 9k, 999, 965, 835, 750, 585, 375, Suasa dan lain-lain)
  • Jam tangan mewah berjenama (Richard Mille, Patek Philippe, Rolex, Audermars Piguet, Omega, Panerai, Tag Heuer dan lain-lain)
  • Berlian
  • Beg Mewah berjenama (Hermes, Chanel, Louis Vuitton dan lain-lain)
  • Koleksi bermutu tinggi seperti Wain, Brendi dan Wiski

Jumlah nilai gadaian barang-barang berharga anda adalah bergantung kepada pasaran semasa sewaktu barang-barang berharga anda digadai. Bagi emas, kami akan mengikut harga semasa emas antarabangsa dalam menentukan nilaian gadaian emas anda. Harga emas biasanya akan berbeza setiap hari dan anda boleh menghubungi Pajak Gadai untuk mengetahui harga emas terkini. Harga atau nilai bagi barangan berharga yang lain seperti jam tangan atau beg berjenama mewah selalunya tidak banyak berubah seperti emas. Terdapat juga nilai gadaian model tertentu dibawah jenama yang sama jauh lebih tinggi berbanding yang lain. Contoh, seperti nilai gadaian jam tangan Rolex Submariner adalah jauh tinggi berbanding nilai gadaian Rolex Lady Datejust. Cara lain untuk mendapatkan nilai harga gadaian yang lebih tinggi dengan membawa set lengkap barang yang hendak digadai seperti kotak, kad jaminan dan resit (jika ada). Ini terpakai untuk barangan berharga yang lain kecuali emas.

Di bawah undang-undang, semua pajak gadai berlesen tidak dibenarkan mengenakan bayaran melebihi daripada 2% sebulan. Jika anda dikenakan bayaran melebihi daripada 2%, anda diminta memeriksa dengan segera sekiranya pajak gadai berkenaan adalah pajak gadai berlesen. Faedah hanya perlu dibayar semasa anda datang untuk memperbaharui / menebus barang berharga anda. Sila rujuk kepada perbezaan di antara Pajak Gadai Berlesen dan bukan Berlesen? Untuk maklumat yang lebih lanjut.

  • ID anda (MyKad / Lesen Memandu / Pasport/ Permit Kerja / Kad PBB dan lain-lain)
  • Barang berharga anda
  • Resit pembelian asal (jika ada)
  • Kad Jaminan (jika ada)
  • Kotak asal (jika ada)

Ya, anda boleh memperbaharui tiket pajak gadai anda pada bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan. Bagi mendapatkan tiket pajak gadai yang baru, anda cuma perlu membayar faedah tertunggak yang dikenakan pada gadaian yang terdahulu. Kemudian tiket pajak gadai yang baru akan dikeluarkan bagi tempoh 6 bulan lagi. Anda boleh memperbaharui tiket pajak ini seberapa kerap yang mungkin anda perlukan tanpa sekatan.

Anda boleh menebus balik barang berharga anda pada bila-bila masa sebelum tarikh cukup tempoh (iaitu 6 bulan selepas tarikh digadaikan). Berlainan seperti memperbaharui tiket pajak yang mana hanya perlu membayar faedah tertunggak sahaja, untuk menebus barangan berharga yang dipajak, anda perlu membayar jumlah faedah dan pokok.

Berdasarkan nilaian pajakan yang berjumlah RM 1000, apabila anda menebus gadaian berharga anda pada akhir 6 bulan, faedah yang perlu dibayar adalah RM 90 berdasarkan kiraan berikut: RM 1000 x 1.5% x 6 bulan.

Oleh itu, jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM1090.

Secara keseluruhan, semua kedai pajak gadai di Malaysia ini membenarkan pelanggan menggadaikan barang berharga mereka selama 6 bulan sahaja. Walaubagaimanapun, terdapat kedai pajak gadai menawarkan tempoh yang melebihi daripada itu. Kami pula menawarkan tempoh tambahan selama 3 bulan lagi bagi pelanggan kami sebelum barangan berharga anda dilelong jika tidak ditebus. Anda dinasihatkan agar menghubungi kedai pajak gadai jika tidak pasti atau jelas mengenai perkara ini.

Jika anda kehilangan tiket pajak gadai buat kali pertama, kami boleh mengeluarkan tiket yang baru dengan kos sebanyak RM0.50. Walaubagaimanapun, jika anda kehilangan untuk kali kedua, anda perlu membuat laporan polis untuk tujuan keselamatan. Oleh itu, amat penting untuk menyimpan tiket pajak gadai anda di tempat yang selamat.