Tidak melihat jawapan untuk soalan anda di bawah? Hantarkan e-mel kepada kami.

Barang-barang berharga anda akan dinilai oleh jurunilai yang terlatih dan jumlah gadaian akan ditawarkan berdasarkan kadar pasaran semasa. Kemukakan MyKad/Pasport sebaik sahaja anda bersetuju dengan nilai pajakan. Operator data kami akan merekodkan butir-butir maklumat anda dan tiket pajak gadai yang tercatat butir-butir barang berharga dan jumlah pinjaman akan dikeluarkan. Pelanggan diminta untuk memeriksa segala maklumat adalah betul dan lengkap.

Semua individu yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas dan mempunyai MyKad/Pasport yang sah.

  • Emas (24 Karat, 23 Karat, 22 Karat, 18 Karat, 9 Karat, 999,965, 835, 750, 585, 375, Suasa dan lain-lain)
  • Jam Tangan Mewah Berjenama (Richard Mille, Patek Philippe, Rolex, Audermars Piguet, Omega, Panerai, Tag Heuer dan lain-lain)
  • Berlian
  • Beg Mewah Berjenama (Hermes, Chanel, Louis Vuitton dan lain-lain)
  • Koleksi Barangan Bermutu Ttinggi seperti Wain, Brandi dan Wiski

Jumlah nilai barangan berharga anda bergantung kepada nilai pasaran semasa sewaktu barangan berharga anda digadaikan. Bagi nilai emas, kami akan menilai berdasarkan harga semasa emas antarabangsa dalam menentukan nilaian gadaian emas anda. Harga emas biasanya akan berbeza setiap hari dan anda boleh menghubungi Pajak Gadai untuk mengetahui harga emas terkini. Harga atau nilai bagi barangan berharga yang lain seperti jam tangan atau beg berjenama mewah selalunya tidak banyak berubah seperti emas. Terdapat juga nilai gadaian model tertentu dibawah jenama yang sama jauh lebih tinggi berbanding yang lain. Contoh, seperti nilai gadaian jam tangan Rolex Submariner adalah lebih tinggi berbanding nilai gadaian Rolex Lady Datejust. Cara lain untuk mendapatkan nilai harga gadaian yang lebih tinggi dengan membawa set lengkap barang yang hendak digadai seperti kotak, kad jaminan dan resit (jika ada). Ini terpakai untuk barangan berharga yang lain kecuali emas.

Di bawah undang-undang, semua pajak gadai berlesen tidak dibenarkan mengenakan bayaran melebihi daripada 2% sebulan. Jika anda dikenakan bayaran melebihi daripada 2%, anda diminta memeriksa dengan segera sekiranya pajak gadai berkenaan adalah pajak gadai berlesen. Faedah hanya perlu dibayar semasa anda datang untuk memperbaharu/menebus barang berharga anda. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk perbezaan antara Pajak Gadai berlesen dan Pajak Gadai Tidak Berlesen?

  • Kad pengenalan (MyKad/Lesen Memandu/Pasport/Permit Kerja/Kad PBB dan lain-lain)
  • Barang berharga anda
  • Resit pembelian asal (jika ada)
  • Kad Jaminan (jika ada)
  • Kotak asal (jika ada)

Ya, anda boleh memperbaharui tiket pajak gadai anda pada bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan. Bagi mendapatkan tiket pajak gadai yang baru, anda cuma perlu membayar faedah tertunggak yang dikenakan pada gadaian yang terdahulu. Kemudian tiket pajak gadai yang baru akan dikeluarkan bagi tempoh 6 bulan lagi. Anda boleh memperbaharui tiket pajak ini seberapa kerap yang mungkin anda perlukan tanpa sekatan.

Anda boleh menebus semula barang berharga anda pada bila-bila masa sebelum tarikh cukup tempoh (iaitu 6 bulan selepas tarikh digadaikan). Berlainan seperti memperbaharui tiket pajak yang mana hanya perlu membayar faedah tertunggak sahaja, untuk menebus barangan berharga yang dipajak, anda perlu membayar jumlah faedah dan pokok.

Berdasarkan nilaian pajakan yang berjumlah RM1000, apabila anda menebus gadaian berharga anda pada akhir 6 bulan, faedah yang perlu dibayar adalah RM90 berdasarkan kiraan berikut RM1000 x 1.5% x 6 bulan.

Oleh itu, jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM1090.

Secara keseluruhan, semua kedai pajak gadai di Malaysia ini membenarkan pelanggan menggadaikan barang berharga mereka selama 6 bulan sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat kedai pajak gadai menawarkan tempoh yang lebih lama. Kami pula menawarkan tempoh tambahan selama 3 bulan lagi bagi pelanggan kami sebelum barangan berharga anda dilelong jika tidak ditebus. Anda dinasihatkan agar menghubungi kedai pajak gadai jika tidak pasti atau jelas mengenai perkara ini.

Jika anda kehilangan tiket pajak gadai buat kali pertama, kami boleh mengeluarkan tiket yang baru dengan kos sebanyak RM0.50. Walau bagaimanapun, jika anda kehilangan untuk kali kedua, anda perlu membuat laporan polis untuk tujuan keselamatan. Oleh itu, amat penting untuk menyimpan tiket pajak gadai anda di tempat yang selamat.

Sekiranya anda memerlukan wang tunai tambahan, kami mungkin dapat membantu anda dengan menilai semula barang gadaian yang digadai berdasarkan harga semasa dan keadaan harga pasaran.

Kami juga menawarkan pelan ansuran untuk barangan gadaian anda. Oleh itu, jika anda mempunyai lebihan wang tunai dan ingin menyelesaikan sebahagian daripada jumlah pinjaman anda untuk mengurangkan bunga yang dibayar, anda boleh berbuat demikian pada bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan. Selepas membuat pembayaran, tiket pajak gadai dengan nilai gadaian yang baru akan dikeluarkan.