Licensed Pawn Brokers
Proses gadaian?

Barang-barang berharga anda akan dinilai oleh jurunilai yang terlatih dan jumlah gadaian akan diberi berdasarkan kadar pasaran semasa. Tunjukkanlah IC/pasport /ID anda sebaik sahaja anda bersetuju dengan nilai pajakan (pelanggan mestilah sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas). Kemudian operator data kami akan merekodkan maklumat anda dan tiket pajak gadai akan dikeluarkan. Kadar faedah pajakan tidak melebihi 2% sebulan akan dicaj berdasarkan nilai pajakan.

Tiket pembaharuan?

Kami faham bahawa anda mungkin lupa atau mungkin tidak dapat menebus barang berharga anda pada akhir 6 bulan kerana komitmen yang banyak. Oleh itu, kami akan sentiasa memaklumkan anda melalui surat sebelum lelongan yang akan datang. Anda boleh menebus barang- barang berharga anda atau memperbaharui tiket pajak gadai anda untuk 6 bulan lagi berdasarkan kadar faedah pajakan tidak melebihi 2% sebulan.

Penebusan?

Anda boleh menebus gadaian berharga anda bila- bila masa dalam tempoh 6 bulan. Berdasarkan nilai pajakan yang berjumlah RM1000, apabila anda menebus gadaian berharga anda pada akhir 6 bulan, faedah yang perlu dibayar adalah RM120 berdasarkan kiraan berikut: RM1000 x 2% x 6 bulan. Oleh itu, jumlah yang perlu dibayar ialah RM 1120.

Apa yang boleh saya pajak?

– Emas (24k, 22k, 18k, 9k, 999, 916, 750, 585, 375, suasa dan lain- lain)
– Berlian
– Jam tangan mewah berjenama (Patek Phillippe, Rolex, Audemars Piguet, Tag Heuer, Cartier dan lain- lain)
– Beg Mewah Berjenama (Hermès, Chanel dan lain- lain)
– Koleksi seni halus
– Koleksi wain dan minuman eras berkualiti tinggi.

Adakah apa-apa kos tersembunyi?

Tiada kos tersembunyi selain dari RM0.50 yang kami tetapkan untuk setiap tiket pajak gadai yang dikeluarkan.

Siapa yang boleh pajak?

Semua individu yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai ID yang sah.

Apa yang berlaku jika tiket pajak gadai saya hilang?

Jika anda kehilangan tiket pajak gadai buat kali pertama, kami boleh mengeluarkan tiket yang baru dengan kos sebanyak RM0.50. Walau bagaimanapun, jika anda kehilangan pada kali yang kedua, anda perlu membuat laporan polis untuk tujuan keselamatan. Oleh itu, ianya amat penting untuk meletakkan tiket pajak gadai anda di tempat yang selamat.

Nilaian dari harga anda

Sekiranya anda memerlukan wang tunai tambahan untuk gadaian anda, kami mungkin dapat membantu menilai semula gadaian tersebut berdasarkan harga semasa dan keadaan pasaran.

Pelan Ansuran

Kami juga menawarkan pelan ansuran untuk gadaian anda. Oleh itu, apabila anda mempunyai wang tunai yang berlebihan dan ingin menyelesaikan sebahagian daripada jumlah pinjaman anda untuk mengurangkan bunga yang dibayar, anda boleh berbuat demikian pada bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan. Selepas membuat pembayaran, tiket pajak gadai dengan nilai gadaian yang baru akan dikeluarkan.