Licensed Pawn Brokers

Tempoh pajak gadai minimum adalah 1 hari dan maksimum ialah 6 bulan. Pelanggan boleh memilih untuk menebus barang berharga mereka dalam tempoh ini atau memperbaharui tiket pajak gadai mereka untuk 6 bulan lagi berdasarkan kadar faedah standard yang tidak melebihi 2% sebulan.

Faedah maksimum yang dikenakan adalah 2% sebulan, yang menjadikan jumlah bunga dikenakan selama 6 bulan 12%. Dalam kes ini, sekiranya pelanggan kembali memperbaharui tiket mereka untuk 6 bulan lagi, peratusan tahunan yang dikenakan akan berjumlah 24%.
Contoh di bawah:
Seorang pelanggan boleh menebus barang berharga mereka pada masa yang diberikan dalam jangka masa 6 bulan. Dengan mengandaikan jumlah pajak gadai ialah RM1,000, apabila pelanggan menebus barang berharga mereka pada akhir 6 bulan, faedah yang perlu dibayar ialah RM120 berdasarkan pengiraan berikut: RM1,000 x 2% x 6 bulan. Oleh itu, jumlah yang perlu dibayar ialah RM1,120.

Tiada kos tersembunyi selain daripada 50 sen yang kami kenakan untuk setiap tiket pajak gadai yang dikeluarkan.