Licensed Pawn Brokers

PROSES PAJAK GADAI

• Barang- barang berharga anda dinilai dengan berdasarkan berat / keadaan/ nilai pasaran.
• Anda perlu menunjukkan kad pengenalan / pasport / lesen memandu /permit kerja ATAU kad yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
• Anda akan diberi tiket pajak gadai dan menerima wang pinjaman. Proses gadaian boleh diselesaikan dalam jangka masa 3-5minit berdasarkan pada barang tersebut.
• Tiket pajak gadai boleh diperbaharui atau ditebus pada akhir 6 bulan.

BARANG- BARANG YANG DITERIMA

• Emas (24K, 23K, 22K, 18K, 9K, 999, 916, 835, 750, 585, 375, Suasa dan lain-lain)
• Berlian
• Jam tangan mewah berjenama (Rolex, Patek Philippe, Audemars Piguet, Tag Heuer, Cartier dan lain- lain)
• Beg mewah berjenama (Hermès, Chanel Goyard dan lain- lain)
• Koleksi seni halus (artis- artis terkenal antarabangsa dan tempatan) (BARU) *tertakluk pada terma dan syarat
• Koleksi wain dan minuman keras berkualiti tinggi (BARU)

Proses gadaian?

Barang-barang berharga anda akan dinilai oleh jurunilai yang terlatih dan jumlah gadaian akan diberi berdasarkan kadar pasaran semasa. Tunjukkanlah IC/pasport /ID anda sebaik sahaja anda bersetuju dengan nilai pajakan (pelanggan mestilah sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas). Kemudian operator data kami akan merekodkan maklumat anda dan tiket pajak gadai akan dikeluarkan. Kadar faedah pajakan tidak melebihi 2% sebulan akan dicaj berdasarkan nilai pajakan.

Tiket pembaharuan?

Kami faham bahawa anda mungkin lupa atau mungkin tidak dapat menebus barang berharga anda pada akhir 6 bulan kerana komitmen yang banyak. Oleh itu, kami akan sentiasa memaklumkan anda melalui surat sebelum lelongan yang akan datang. Anda boleh menebus barang- barang berharga anda atau memperbaharui tiket pajak gadai anda untuk 6 bulan lagi berdasarkan kadar faedah pajakan tidak melebihi 2% sebulan.

Penebusan?

Anda boleh menebus gadaian berharga anda bila- bila masa dalam tempoh 6 bulan. Berdasarkan nilai pajakan yang berjumlah RM1000, apabila anda menebus gadaian berharga anda pada akhir 6 bulan, faedah yang perlu dibayar adalah RM120 berdasarkan kiraan berikut: RM1000 x 2% x 6 bulan. Oleh itu, jumlah yang perlu dibayar ialah RM1120.